Ini blog sampah!

Friday, November 26, 2010

Pantang

Satu kepantangan aku ialah bila aku tengah guna apa-apa mesinlah di bank, baik ATM. Baik Cash Deposit Machine atau apa-apa sahajalah, tiba-tiba ada orang-ntah-siapa-siapa-yang-aku-tak-kenal datang dekat-dekat aku. Memang pantang. Pantang sepantang-pantangnya. Apa jua niat kamu nak dekat-dekat dengan aku, dalam hati aku tetap akan kata kamu berniat jahat. Maaf. Aku prejudis.

Ini kisah semalam.

Aku nak masukkan cek. Guna Cheque Deposit Machine. Di sebuah bank kaler merah yang manjang buat darah aku naik dengan cara kerja mereka yang sangat-sangat-sangat terhegeh-hegeh. Aku memilih untuk menggunakan mesin daripada menggunakan kaunter yang akan menyebabkan aku memandang pekerja bank itu kecik-besor-kecik-besor.

Tengah aku picit-picit punat mesin, tiba-tiba pak guard bank datang dekat-dekat aku. Sumpah aku tak suka. Tapi aku masih boleh bersabor. Aku anggap sahaja niat pak guard itu adalah mulia. Nak jaga keselamatan aku. Tapi hati di bahagian bertanduk memang tergedik-gedik nak naik darah. Sebabnya, aku nak masukkan cek. Perompak bangang je yang akan rompak aku. Lainlah kalau aku nak masukkan cash 14 juta ke hape. Kira aku boleh terima la dia nak berdiri dekat-dekat aku. Nak jaga keselamatan mungkin.

Dah berdiri dekat-dekat aku tu, berdiri sahajalah. Berdiri diam-diam. Ini tidak. Habis dibacanya segala maklumat yang terpapar pada skrin mesin. Ok. Itu dah kira tak ada etika ok. Aku memang tak boleh kompromi tapi aku adalah manusia waras. Walaupun dalam hati rasa nak buat macam-macam namun pada realitinya aku akan bertindak mulia-mulia sahaja. Memang ada rasa nak rampas ke senapang celah ketiak dia, kasi pom sedas, tapi aku  urut dada.

Ok. Dah baca tu, bacalah. Baca senyap-senyap sudahlah. Sekurang-kurangnya aku tak tahu yang kamu dah tahu segala maklumat diri aku yang kamu tak sepatutnya tahu itu. Ini tidak. Ada pulak dia pergi baca kuat-kuat sampai orang yang guna mesin sebelah. Dan sebelah lagi. Dan sebelah-sebelah lagi. Dan orang dalam bank tu semua boleh dengar suara dia. Apa matlamat dia ni sebenarnya....?.

Kalau korang hangin tak?
Aku memang ada rasa nak melipat orang je semalam nih...








.




Wednesday, November 24, 2010

Kali Ni Gua Kasi Tamat

Ok. Gua nak sambung cerita hari tu. Ala... Cerita yang gua sambung-tak-habis-sebab-gua-malas-menaip-tu-la. Kejap. Gua lupa pulak sampai mana gua cerita tu hari. Gua nak gi baca jap yek. Tunggu aaaaa.....

Ooo.. Gua stop dekat gua nak tengok reaksi bini brader kereta oren tu.

Ok. Gua sambung sekarang.

Sebabnya...

Gua adalah sangat hairan sebab yang gua ni beria-ia la menghon bas tu takut langgar kereta dia, tapi yang dianya rilek je la pulak duduk dalam kereta tu. Sekurang-kurangnya kasi hon la sikit supaya pemandu bas tu sedar yang dibelakangnya ada kereta.

Makanya. Gua buat kesimpulan sendiri. Dengan ketiadaan usaha untuk melakukan sesuatu daripada pihak bini brader tu, mungkin dia sebenarnya kurang upaya. La ni deme dah tukar ke kelainan upaya kalau tak silap.

Gua jadi insaf. Macam-macam kemungkinan berlegar-legar dalam kepala gua. Dia mungkin cacat anggota badan. Tak ada kaki misalnya. Atau kalau bukan kurang upaya sekali pun, dia mungkin menghidapi penyakit  yang menyebabkan dia tak mampu bergerak. Nak ke mana-mana nak kena laki dia yang dukung. Perut masuk angin misalnya. Jangan bantah soal penyakit tu!

Gua rasa berdosa. Berdosa kerana sebelum ini, gua anggap yang bukan-bukan pada bini brader tu. Gua kata dia mengangkang dalam kereta la. Macam-macam perkataan busuk yang gua petik. Jahat juga mulut gua nih.

Maafkan gua kakak kereta oren.

Dah gua nampak kereta oren tu terselit bawah bas, gua jadi auto nak keluar kereta. Gua nak pergi rescue kakak tu. Gua takut dia tersepit celah seat ke hape.

Dengan perasaan ingin menyelamat yang tinggi, gua kasi tukar kasut 3 inci gua ke selipar gambor ikan. Pakai kasut tinggi kang takut terpelecok pulak balik-balik bas tu, dah gua pulak yang nak kena dukung. Gua ni susah sikit. Kot orang dah dukung, gua nak mintak timang pulak kang.

Dalam pada gua nak tukar selipar tu, gua pandang ke kereta oren. Dan gua pun ternampak seorang wanita cukup sifat keluar dari kereta oren terketek-ketek masuk ke dalam sekolah mencari laki dia. Nak ngaborkan yang kereta deme dah kena sodok dek bas le tu...

Woiiiiii...!!!!

Sihat rupanya. Buat penat gua insaf....




.

Tuesday, November 23, 2010

"Kak, nah kuih bahulu...". - budak 10 tahun.

Kakak...?











Gua joget dalam hati!



.

Saturday, November 20, 2010

"Nanti kita pergi beli CD Maher Zain" - Encik D

Dia dah boleh terima madunya barangkali.
Saya cuba berlaku adil.
:p



.

Friday, November 19, 2010

Aku Tak Pergi Pejabat

Semata-mata nak bagi semangat ke Dak Dato' main bekbinten pagi nih...
Kalau kalah jugak...
Tukor profession jadi gadis litar je la.
Ai sponsor skirt.





Up date: jam 9.56 a.m

Nasihat di pagi kemenangan Dak Dato'.
Kalau defrost ayam, sila tutup pintu dan tingkap.
Jika tidak, inilah akibatnya...



Tinggal bekas.
Ayam 4 ketul telah di culik kucing.
Tupperware buat masak apa sedap hah?






.

Up date: jam..... malas-nak-tengok-jam

Aku tengah layan sepak takraw Malaysia lawan Korea.

Yang player Malaysia berjoget tergolek-golek punggung tu pesal...? Menciklah!

Kalah ni kang baru padan muka.






.

Tuesday, November 16, 2010

Entahlah Kenapa

Malam ni aku dapat satu penyakit pelik.
Tidur.
Terjaga. Bangun.
Tidur balik.
Terjaga balik. Tengok tv.
Tidur balik.
Terjaga balik.
Lagi 5 minit pukul 4 dah tak boleh tidur balik.
Bangun. Ngadap laptop.
Dan sekarang, lagi 12 minit pukul 5.
Ada rasa nak makan nasi lemak pulak dah....



.

Monday, November 15, 2010

Bekal Ben Sepuluh

Hari ni, Darren keluar rumah awal. Jam 6 pagi. Ada urusan kerja. Makanya, gua sebagai bini pesen sayang ke laki, gua kasi buat sarapan. Sarapan bertajuk Roti Berkepit Telur Bini Bangun Lambat atau dalam lain perkataan, Sanwich Telur (yang disediakan oleh bini yang bangun lambat). Dah bangun lambat apa lu ingat gua sempat nak buat mee bandung? Nak buat roti berkepit telur tu pun gua dah menggelupur balik dapur.

Dah gua susun-susun roti tu dalam bekas makanan, time nak tutup, baru gua perasan ada tulisan pada penutup bekas makanan tersebut. Ben 10. Ah! Gasaklah. Gua dah tak dan nak salin-salin bekas dah. Ambik gambor sempat la pulak, kan...? Jangan banyak bunyik. Ambik gambor tu tanggungjawab seorang blogger.
  

Gua kasi sorok daripada penglihatan budak MC sebab kalau dia nampak, dia mesti berkicau, "Itu bekas MC!". Pesen kedekut.


Gila macho laki gua nari. Laki lu macho tak...?






.

Saturday, November 13, 2010

Gua Sambung

Tiba-tiba gua nampak drebar bas sekolah tu undur bas dia. Eh! Dah gua pulak nari. Bukan semalam aku ke? Maafkanlah gua. Ada masa-masanya gua memang tak konsisten. Hari ni jiwa gua kacau. Tu yang rasa nak bergua-gua tu. Kejap. Nak tanya. Lu pernah tak rasa letih hidup? Tak de mendelah. Saja gua tanya.

Yang bredar bas tu pun, nak ngundurkan bas, tak perasan ke balik belakang tu ada kereta? Brader tu dah la baru mekap kereta dia. Waja dah tak serupa waja. Siap ada insang balik tepi. Bahasa kereta gua tak pandai tapi apa benda ntah nak gaya insang ikan je gua tengok balik tepi kereta dia tu. Gila hensem. Kereta tu la maksud gua. Bukan brader tu. Kaler oren merelit-relit. Nampak sungguh bersukan!.

Bila gua nampak bas tu makin ngundur makin ngundur, gua suruh Darren tekan hon. Hon sikit, dia ngundur gak. Kita kasi hon panjang pulak.

Pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..... Hon kancil la kata. Memang macam anjing tersepit sikit bunyinya. Tapi itu ok lagi. Hon izura gua lagi teruk. Macam bapok.

Pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...... 3 kali hon, drebar bas tu kasi maki sama gua, "Hoiiiii... Sabarlah!!!!".

Dia ingat kita hon dia tu sebab apa agaknya. Lantak lu lah labu. Niat gua cuma nak tolong lu. Gua takut lu tersodok kereta belakang.

Habis je ayat makian berkumandang di telinga gua... Pom!!! Kereta oren sudah berada di bawah bas belah belakang. Dalam hati gua cuma berkata, "Brader drebar bas, sekarang lu tau tak kenapa gua hon lu tadi...?". Drebar bas tu tak jawab soalan gua.

Ok. Yang paling gua nak tengok sekali time tu ialah apakah reaksi bini brader yang dalam kereta tu. Sebabnya....

Alaaa... Kenapa la nak post entri kena menaip. Boleh tak kalau gua kasi cakap je, dia auto menaip. Bila gua kata publish, dia auto publish. Blogger, sila buat apa-apa yang patut.





.

Friday, November 12, 2010

Inilah akibatnya.... Kali ni, tersodok terus!!!

Ingat tak dulu aku pernah cerita pasal kisah-hamba-Allah- yang-amik-anak-balik-sekolah-bini-tak-bulih-memandu-duduk-terkangkang-dalam-kereta-yang-si-laki-jugak-yang-pergi-amik-anak-dalam-sekolah-lepas-tu-jalan-bapak-segala-jem-sebab-kereta-mereka-di-parkir-di-tengah-tengah-jalan-dan-bila-orang-hon-dia-bulih-buat-dek-sahaja. Penat? Amik nafas dulu. Dia-buat-dek-je-la-sebab-laki-dia-yang-bulih-memandu-tu-pergi-ambik-anak-dan-tak-ada-siapa-yang-bulih-nak-alihkan-kereta-dia. Dan-dia-hanya-terkangkang-dalam-kereta-dengan-aman-dan-sentosa. Cerita tu aku pernah bagi tahu dulu di SINI. Jumpa tak dimanakah SINI-nya? Kalau tak jumpa cari pula di SANA. Jumpa? Memang tak jumpa. Aku malas nak link. Korang godek-godek la sendiri entri yang lepas-lepas.

Ok. Ni aku nak cerita nih.

Semalam. Kes makhluk yang sama. Cerita juga sama. Si laki pergi ambil anak. Si bini terkangkang dalam kereta. Bezanya. Cuma kali ini kereta mereka tidak diparkir di tengah-tengah jalan. Parkir cantik belah tepi tapi betul-betul di belakang sebuah bas sekolah yang dipandu oleh seorang mamat baran tak tentu hala.

Aku. Parkir kereta berhampiran. Bas sekolah aku boleh nampak. Kereta brader malang bini pemalas melampau yang pergi ambil anak tu pun aku nampak.

Tiba-tiba...

Ok. Aku tetiba malas menaip. Kalau aku rajin sok aku sambung.



.

Wednesday, November 10, 2010

Entri yang bakal kekejap dihapdet, kekejap dihadpet

Aku memang ada masalah nak minum air. Manjang tak rasa dahaga. Demi untuk menjaga kesihatan, aku sedaya upaya cuba untuk minum air 8 gelas sehari seperti yang disyorkan. Kejap. Sebelum tu nak tanya. Segelas yang dimaksudkan adalah berapa ml hah? Gelas banyak jenis gelas bai. Ada kecik. Ada besor. Ada panjang. Gelas mana yang aku nak guna pakai sebagai pedoman  nih...?


Jadual minum air aku hari ni:-

Bangun pagi - 1/3 gelas
Sarapan pagi - 1/2 gelas
Pukul 9.30 tadi - 1/3 gelas
Baru kejap nih - 1 gelas (aku paksa diri minum nih. dah habis segelas tu rasa nak muntah. haih...)

Seterusnya bakal aku hapdet dari masa ke semasa. Kita tengok berapa banyak air yang mampu aku minum hari nih...


Ok. Nak pergi kencing jap.
Apa jadah baru 2 gelas lebih dah rasa nak terkencing nih...?




.



up date jam 12.27: + lagi 1 gelas (sebenarnya tak cukup. aku buat2 cukup je lah!).



.


up date jam 2.15 (up date blog kemahen rajin. zohor haram tak solat lagi!!):
makan tengahari + 1 gelas lagi.
dan dalam usaha nak menghabiskan sebotol air mineral 500ml atas meja ni.
dah berapa gelas dah nih weh...?





.

Tuesday, November 9, 2010

Lebih jam 2 pagi, saya masih tak boleh nak lelapkan mata. Hadap laptop, tak de ilham pulak nak taip entri...

.












Ok. Jam dah 2.08 pagi.
Jom peluk bantal.
Kita kira kambing biri-biri...



.

Monday, November 8, 2010

Keliru

"Burung yang kaki panjang tu nama bangau ke bangang...?" - budak MC.

Apa ke teruk benar tahap kekeliruan budak nih....



.

Friday, November 5, 2010

Bukti Memasak

Lengan melecur kena kuali.


Paling tak suka bila memasak ialah anggota badan melecur terkena benda panas. Sakit satu hal. Dan yang paling tak suka apabila ianya akan meninggalkan parut.

Lagi satu kalau terkena minyak meletup dari kuali. Dan paaaaaling tak suka bila minyak tu terkena muka. Mula la rasa kejap-kejap nak tengok cermin. Kejap-kejap nak tengok cermin. Satu perasaan yang bodoh.

Ada juga kes minyak meletup kena bahu. Kadang-kadang kena kulit badan. Dah cerdik sangat memasak sambil menggayakan fesyen kemban-kemban. Padan muka.

Dua hari sudah, lengan aku terkena kuali. Sampai hari ni, parut tak hilang lagi.

Dan. Aku. Setiap kali terkena benda panas tengah memasak, aku selalu bercakap dengan diri. Ini adalah amaran tuhan tentang dosa-dosa yang aku lakukan. Amaran tentang neraka.

Ni kena kuali panas nih....
Entah apalah dosa aku....
Hah! Ada le tuuuuuu....




.

Wednesday, November 3, 2010

Entri Untuk Kawan-kawan Pompuan

Aku baru balik dari klinik ni. Klinik mintak darah setiub. Kita kasi je lah.

Kat klinik tadi aku nampak satu poster pasal Pap Smear. Ah! Korang tau, kan apakah bendanya menatang pap smear tu. Dah buat belum? Aku last sekali buat tahun 2008 tu hari. Heeee.... Tak suka, kan buat mende tu? Kemasukan mende alah yang macam batang ais krim tu.... Oh! Tidakkkkk.... Tak sukanya aku.

Siapa-siapa yang belum pernah buat tu kan... Aku nak bagi satu tips. Tips tak tips la sangat. Masa doktor nak masukkan batang ais krim tu, kalau rasa sakit, sila tarik nafas. Tarik nafas.... Tarik nafas... Korang akan rasa sedikit selesa la. Tapi kalau rasa sakit gak, kasi penerajang sedas ke doktor tu. Ok. Yang ni aku bohong.

Tapi mammogram aku tak pernah buat lagi. Last sekali cek tahun 2000 kot. Masa operate buang entah ada benda bijik-bijik la pulak kat situ. Bijik-bijik tu pun macam tak de tempat lain nak tumbuh. Nasib baik bukan kanser.

Mammogram tu depa buat cemana pulak hah...? Ada rasa ternoda tak...?




.

Tuesday, November 2, 2010

Jangan Mainkan Perasaan Saya

Kalendar kat opis ni semua kata Raya Haji cuti 2 hari. Tapi sebenarnya sehari je, kan....?

Encik Kal, tak baik tau mainkan perasaan saya!



.